Image Banner

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2023

MITS Alam Impian telah menghantar wakil dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 15 Ogos 2023. Info lanjut berkenaan pertandingan tersebut boleh lawati pautan di bawah :
 
 
LAGI

MUKHAYYAM QIYADI 2023

Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 18 - 20 Ogos 2023 (Jumaat-Ahad) yang lalu bertempat di MITS Alam Impian. Mukhayyam Qiyadi adalah program kepimpinan di bawah anjuran unit HEM yang melibatkan barisan kepimpinan pengawas, PRS, PSS, Exco Asrama, Skuad SPBT dan Ketua Kelas. Semenjak PKP melanda program ini telah terhenti beberapa tahun dan dengan Izin Allah tahun 2023 ia berjaya dilaksanakan semula. Riak wajah para peserta menzahirkan keterujaan dan semangat yang luar biasa sepanjang mukhayyam selama 3hari 2 malam ini. Harapan kepada para peserta agar dapat merealisasikan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi bersama Waja Consultant.
LAGI

KLINIK AL-QURAN 2.0

Klinik Al-Quran 2.0 bagi tahun 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25-29 Ogos 2023 yang lalu melibatkan 39 pelajar lelaki & 20 pelajar perempuan di kalangan tingkatan 2-4. Program ini dirangka saban tahun bagi membantu pelajar-pelajar terpilih untuk menyelesaikan sukatan hafazan bagi tahun semasa. Tahniah & syabas kepada semua guru & pelajar yang terlibat.

LAGI

BENGKEL LONJAKAN AKADEMIK TINGKATAN 5 TAJAAN YAYASAN SELANGOR

MITS Alam Impian telah menjadi tuan rumah Bengkel Lonjakan Akademik SPM Sains Tulen dari 26/8/2023 hingga 27/8/2023 yang dianjurkan oleh Yayasan Selangor bagi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Semoga calon-calon SPM 2023 mendapat manfaat dan mempraktikkan tips dan ilmu daripada bengkel-bengkel yang telah dilaksanakan.

LAGI

AKTIVITI KOKURIKULUM PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Aktiviti kokurikulum Pasukan Badan Beruniform bagi Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia serta Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah berjalan dengan baik pada 23 Ogos 2023 (Rabu). Kadet Bomba telah melaksanakan aktiviti Simpulan & Ikatan Tali manakala PPIM telah melaksanakan aktiviti asas kawad kaki.

LAGI

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT MITS ALAM IMPIAN 2023

Majlis Pelancaran Minggu Kemanusiaan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan MITS Alam Impian 2023 telah diadakan pada 18 Ogos 2023 (Jumaat) yang lalu bertempat di Dewan Al Jazari MITS Alam Impian anjuran bersama semua panitia di bawah Bidang Kemanusiaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua MITS Alam Impian.

LAGI

BENGKEL MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 01

 
Program ini telah diadakan pada 12 - 13 Ogos 2023 (Sabtu-Ahad) bertempat di Dewan Al-Jazari MITS Alam Impian yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4 & 5 anjuran Unit Kurikulum dengan kerjasama PSG GQ 11 & PSG GQ12. Penceramah jemputan ialah Cikgu Muhd Aizuddin bin Mat Yusoff dari Aizuddin Yusoff Academy.
 
 
 
 
 
 
 
LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan