You are here:: Home
 
 

TAHNIAH! MITST KLANG DI RANKING KETIGA

E-mail Cetak PDF

alt

Alhamdulillah, keputusan Penilaian Menengah Rendah ( PMR) 2012 yang diumumkan telah mengembirakan warga MITST walaupun berlaku sedikit penurunan.

Calon- calon PMR telah mencapai peratus lulus 100% berdasarkan pencapaian lulus dalam sembilan mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahas Inggeris, Bahasa Arab, Geografi, Kemhiran Hidup Bersepadu, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Sejarah. Kesemua 56 orang calon itu telah mencapai pencapaian cemerlang dengan memperolehi gred A dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).

Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Arab (BA) pula menunjukkan penurunan dari segi pencapaian murid mendapat gred A berbanding tahun sebelumnya dengan 15 orang calon untuk Bahasa Inggersi manakala 32 orang calon untuk Bahasa Arab.

Dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) , maahad memperolehi 1.24 iaitu pada kedudukan ketiga antara Sekolah- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Selangor. Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya mengungguli ranking pada kedudukan pertama dengan GPS 1.04 dan diikuti Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Istana Bandar, Jugra (MITIB) dengan GPS 1.12.