You are here:: Home
 
 

Kejohanan Catur MSSD Klang 2013

E-mail Cetak PDF

alt

Berbekalkan 8 kemenangan dari 9 pusingan, pelajar tingkatan 4 MITST Klang Mohd Fadli Mohd Arbi telah memecah dominasi kaum cina dengan muncul naib johan kategori lelaki bawah 18 tahun di Kejohanan Catur MSSD Klang bagi tahun 2013 yang telah diadakan di SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih pada 4 hingga 7 Februari 2013 yang lalu.

3 orang lagi rakan sepasukan beliau turut membantu bagi meletakkan MITST Klang di kalangan 5 pasukan terbaik daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Bagi kategori lelaki bawah 15 tahun pula pasukan MITST Klang berjaya memperolehi tempat ke 14 dari 34 pasukan yang mengambil bahagian.Pelajar tingkatan 2 MITST Klang Ahmad Umar Ridhwan Bin Nor Ismail merupakan peserta terbaik dari pasukan MITST Klang bagi kategori bawah 15 tahun dengan menduduki tangga ke 47 dari 127 orang peserta hasil daripada 5 kemenangan dari 9 pusingan.

Secara keseluruhan pencapaian pasukan MITST Klang dalam kejohanan catur MSSD Klang 2013 boleh dibanggakan kerana ini merupakan kali pertama MITST Klang menghantar wakil bagi acara catur berbanding pasukan-pasukan dari sekolah lain yang sudah mempunyai pengalaman menyertai acara ini saban tahun.

alt

alt

alt

alt

alt