You are here:: Home
 
 

Memohon Sumbangan

E-mail Cetak PDF

alt

Firman Allah dalam surah Al - Baqaroh : 261 yang bermaksud :-

   " Bandingkan (derma) orang - orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  ialah sama seperti sebiji benih yang 
     tumbuh  menerbitkan 7 tangkai tiap - tiap  tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan ( ingatlah) Allah akan melipat gandakan 
     pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha (Rahmat ) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."

Pihak MITST sangat mengalu - alukan sebarang bentuk sumbangan atau penajaan terhadap sebarang program atau aktiviti sekolah samada dalam bentuk idea, khidmat pakar, keawangan dan sebagainya untuk membangun dan menguruskan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Pihak MITST mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan atau penajaan untuk melancarkan proses pembangunan dan pengurusan sekolah dari segi prasarana, akademik dan sahsiah pelajar.

Berikut merupakan beberapa kekurangan keperluan di MITST Klang :-

  1. CCTV yang beranggaran RM3000 untuk meningkatkan kawalan keselamatan.
  2. Kem Motivasi Pelajar / Pecutan Akhir tingkatan 3,4, dan 5 yang beranggaran RM6000 sebagai persedian menghadapi peperiksaan PMR, SPM, SMATQ dan SPM 2013
  3. Penghawa dingin bilik mesyuarat yang beranggaran RM5400 (2unit -2.5 HP).
  4. Komputer dan Printer Colour untuk kegunaan kelab Media sebanyak RM4000

Semoga Allah melimpahkan keberkatan ke atas sumbangan yang telah diberikan. Amin