You are here:: Home
 
 

Merentas Desa 2013

E-mail Cetak PDF

alt

Kejohanan Merentas Desa 2013 peringkat MITST Klang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu bersamaan 19 Januari 2013.Trek larian pada tahun ini masih sama dengan tahun-tahun sebelum ini iaitu sekitar kawasan Bukit Jati & Bukit Badak Kampung Jawa Klang.

Pada tahun ini terdapat sedikit perubahan pada format pertandingan berbanding tahun-tahun sebelum ini dimana peserta telah di bahagikan mengikut kategori dan jarak tertentu.Peserta lelaki kategori MT akan berlari sejauh 8KM manakala peserta lelaki MR dan peserta perempuan MT&MR akan berlari sejauh 6KM.Perubahan format pertandingan ini dilakukan supaya selaras dengan format pertandingan merentas desa MSSD.

Pertandingan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada unit pemetaan,unit kehakiman dan unit disiplin.Tepat jam 8.45 pagi para peserta lelaki bagi kategori Menengah TInggi telah dilepaskan dengan jayanya oleh Penolong Kanan Kurikulum Pn Nor ‘Azlin Salamun dan diikuti oleh peserta perempuan bagi kategori Menengah Tinggi & Rendah 10 minit kemudian.5 minit berselang peserta lelaki kategori Menengah Rendah dilepaskan

Dengan pungutan mata sebanyak 659 rumah kuning telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa 2013 diikuti rapat  rumah merah,hijau dan biru.Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sejurus selepas tamat larian semua peserta.Kejohanan merentas desa edisi kali ini berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.Pungutan mata bagi kejohanan merentas desa ini akan digabungkan dengan pungutan mata bagi acara-acara sukan ketika kejohanan sukan tahunan yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan 3.

alt

alt

alt

alt

alt

alt