:
SYARAT%20KEMASUKAN%20


SYARAT KEMASUKAN

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU ( 1 )
KE MA’AHAD INTEGRASI TAHFIZ NEGERI SELANGOR
SESSI PERSEKOLAHAN

1. Ibu bapa mestilah Wargenagra Malaysia.
- Murid dan ibu / bapa lahir di Negeri Selangor atau ;
- Murid dan salah seorang daripada ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor dan 
- Murid hendaklah tinggal di Negeri Selangor tidak kurang enam (6) tahun.

2. Berumur dua belas (12) / tiga belas tahun (13) tahun.

3. Pencapaian Akademik : Memperolehi Mumtaz dalam PSRA dan Minima 5A 1B dalam UPSR tahun semasa.

4. Boleh membaca Al-Quran dengan lancar, fasih dan bertajwid.

5. Lulus Praktikal Pemantapan Amali Fardhu Ain (PAFA) JAIS / KPM

6.Murid yang aktif dalam Ko-kurikulum mempunyai "merit" untuk dipilih.

7. Murid lepasan Sekolah Agama Negeri selangor dan Mempunyai Sijil PSRA tahun semasa.

8. Bersedia menduduki Ujian kelayakan ke Maahad Integrasi Tahfiz.

9. Borang permohonan mestilah lengkap dan disertakan dengan semua salinan dikumen yang telah disahkan.

Nota :

-Calon dipilih berdasarkan kepada pencapaian terbaik dalam PSRA dan UPSR tahun semasa dan lulus ujian kelayakan kemasukan ke Maahad Integrasi Sains dan
Teknologi (MITST)

CARA PERMOHONAN

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU ( 1 )
KE MA’AHAD INTEGRASI TAHFIZ NEGERI SELANGOR
SESSI PERSEKOLAHAN


1. Pengisian borang bagi kemasukan Tingkatan 1 MITS di beri semasa darjah enam (6) dan di edarkan oleh pihak Sekolah Rendah Agama (JAIS) ataupun boleh dapatkan borang MITS di UPI, Pejabat Pendidikan Islam Daerah yang berdekatan.