You are here:: Home
 
 

Johan Keseluruhan KAMIL Zon 2

E-mail Cetak PDF

MITST Klang telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat zon 2 yang telah diadakan pada 14 April 2012 (Sabtu) di SAM Jeram & SAM Tanjong Karang.

Seramai 133 orang pelajar MITST Klang telah menyertai program tahunan tersebut dan berjaya mengungguli 19 daripada 43 kategori dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.Majlis bermula sekitar jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang dengan sesi penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Ustaz Kahfi Bin Ngiso.Beliau dalam ucapannya antara lain mengharapkan agar para peserta dapat mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang dimiliki untuk dimanfaatkan dalam masyarakat dan tidak sekadar diaplikasikan dalam program KAMIL sahaja.Para pemenang setiap acara akan mewakili zon 2 ke peringkat negeri yang dijadualkan pada 15 hingga 16 Jun 2012 bertempat di SAM Jeram.

Berikut adalah keputusan bagi acara-acara yang telah disertai oleh para pelajar MITST Klang :

JOHAN
1)Nasyid Perempuan Terbuka
2)Tajhiz Jenazah Lelaki Terbuka
3)Debat Bahasa Arab Terbuka
4)Khutbah Lelaki MR
5)Tafsir Lelaki MA,Perempuan MR & MA
6)Hafazan Perempuan MR & MA
7)Seni Khat Lelaki MR, Perempuan MR & MA
8)Tilawah Lelaki MR & Perempuan MR
9)Syarahan BI Lelaki MR & MA
10)Syarahan BA Lelaki MA
11)Syarahan BM Lelaki MR & Perempuan MA

JUMLAH : 19 Kategori

NAIB JOHAN
1)Tajhiz Jenazah Perempuan Terbuka
2)Debat Bahasa Inggeris Terbuka
3)Rawi Marhaban Lelaki Terbuka
4)Tafsir Lelaki MR
5)Seni Khat Lelaki MA
6)Khutbah Lelaki MA
7)Syarahan BI Perempuan MR
8)Syarahan BA Lelaki MR, Perempuan MR & MA
9)Syarahan BM Perempuan MR
10)Hafazan Lelaki MA
11)Tilawah Lelaki MA

JUMLAH : 13 Kategori

SAGUHATI :
1)Nasyid Lelaki Terbuka
2)Musamarah Lelaki & Perempuan Terbuka
3)Debat Bahasa Melayu Terbuka
4)Syarahan BI Perempuan MA
5)Syarahan BM Lelaki MA
6)Hafazan Lelaki MR
7)Tilawah Perempuan MA

JUMLAH : 8 Kategori