:
PENGENALAN


Profil Sekolah

MAAHAD INTERGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI KLANG
NO 34 JALAN TUN TEJA 35/2 SEKSYEN 35 ALAM IMPIAN 40470 SHAH ALAM SELANGOR

KOD SEKOLAH : BA 548
JENIS : SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH
PERINGKAT SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH
SESI : PAGI DAN PETANG
DI BUKA : NOVEMBER 2008

 

Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) Klang memulakan sesi pembelajaran pada 19 Januari 2009. Maahad ini yang terletak bersebelahan dengan Pusat Sumber Pendidikan JAIS (PSPJ) dan SRA Kampung Jawa di Klang merupakan Maahad kedua selepas Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar di Jugra Kuala Langat.

Pembukaan maahad ini amat dinanti-nantikan oleh ibubapa dan penduduk Selangor yang kini semakin gemar memilih institusi tahfiz sebagai pilihan untuk anak-anak mereka. Permintaan yang tinggi terhadap sekolah-sekolah menengah agama sebagai kesinambungan kepada pembelajaran agama di sekolah rendah dan KAFA membawa kepada pembukaan maahad tahfiz ini.

Proses pemilihan bagi pengambilan pertama pelajar telah dilakukan baru-baru ini,proses ini melibatkan ujian bertulis dan ujian hafazan .Kelayakan akademik untuk memasuki maahad ini ialah pelajar mesti memperolehi keputusan cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR dan mendapat MUMTAZ di dalam peperiksaan PSRA dengan peratus minima 95% .Pemilihan yang ketat ini adalah bertujuan bagi memastikan pelajar yang benar-benar layak dan berkeupayaan sahaja dapat belajar di maahad ini.Kos pembiyaan makan dan tempat tinggal pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor.

MITS Klang telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan solat hajat sempena pembukaannya pada sesi pembelajaran tahun 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh EXCO Pendidikan Tinggi ,Dr Halimah Mohd Ali , turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Hj Mohd Amir bin Danuri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS ,pegawai-pegawai JAIS, pegawai Bahagian Pendidikan Islam JAIS dan juga guru-guru serta penduduk kampung berhampiran.

Dalam ucapannya, Dr Halimah mengucapkan syukur dan syabas kepada JAIS yang berjaya mewujudkan maahad ini.Konsep pendidikan Holistik yang digunakan dalam kurikulum Maahad Tahfiz ini membolehkan pelajar dapat mempelajari 3 sistem pendidikan iaitu sukatan al-azhar, sukatan KBSM dan sukatan Tahfiz. Ia akan membantu melahirkan satu generasi ulama' dan protaz (Profesional dan Ustaz) yang cemerlang dari aspek akademik dan pengetahuan agama. Al-Quran bukan sahaja dapat dibaca dan dihafaz bahkan dapat diamalkan sehingga menjadi darah daging dalam kehidupan seharian.