You are here:: Aluan Pengerusi
 
 

Aluan Pengetua

E-mail Cetak PDF

alt


       Bismillahirahmanirrahim, segala pujian dirafakkan ke hadrat Allah penguasa sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w dan ahli keluarganya yang menjadi ikutan ummah terbaik.

      Alhamdulilah, pada 16 Mei 2013 saya telah diamanahkan tugas sebagai pengetua Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Klang yang ke -4 sepanjang penubuhan Maahad ini mulai dari tahun 2009. Visi saya sebagai pengetua adalah untuk membangun dan menguruskan warga maahad dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap (rohani) dalam usaha untuk menjana Generasi Al-Quran yang diredhai Allah yang berperanan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Khalifah Allah adalah bertanggungjawab untuk membangun dan menguruskan kerjaya, kewangan (rezeki), kesihatan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan ketenangan ummah di mana adalah keilmuan dan ketaqwaan yang merupakan rahsia (sumber) kecemerlangan, kejayaan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

    Kerjasama yang erat dari kalangan ibubapa penjaga dan sokongan padu badan - badan bukan kerajaan terutamanya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta penglibatan aktif semua pelajar dengan penuh iltizam, jiddiah dan fokus disamping pasrah dan doa kepada Allah adalah sangat diharapkan bagi menjayakan visi dan misi dalam memacu kecemerlangan dan kegemilangan serta meletakkan Maahad ini terbilang di persada pendidikan tanah air khususnya dan dunia Amnya.

    Ahir Kalam, saya menyeru agar seluruh warga Maahad dapat menghayati konsep ikhlas, hikmah dan ukhuwah dalam melaksanakan tugas dan aktiviti untuk mencapai visi dan misi Maahad serta matlamat hidup sebagai hamba Allah yang diredhai yang berperanan sebagai khalifah Allah, Ameen Ya Rabbal Alamin.

Salam Hormat.


Rosli Bin Ahmad

20 MEI 2013