Klinik Al-Quran 2.0 bagi tahun 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25-29 Ogos 2023 yang lalu melibatkan 39 pelajar lelaki & 20 pelajar perempuan di kalangan tingkatan 2-4. Program ini dirangka saban tahun bagi membantu pelajar-pelajar terpilih untuk menyelesaikan sukatan hafazan bagi tahun semasa. Tahniah & syabas kepada semua guru & pelajar yang terlibat.
MITS Alam Impian telah menjadi tuan rumah Bengkel Lonjakan Akademik SPM Sains Tulen dari 26/8/2023 hingga 27/8/2023 yang dianjurkan oleh Yayasan Selangor bagi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Semoga calon-calon SPM 2023 mendapat manfaat dan mempraktikkan tips dan ilmu daripada bengkel-bengkel yang telah dilaksanakan.
Aktiviti kokurikulum Pasukan Badan Beruniform bagi Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia serta Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah berjalan dengan baik pada 23 Ogos 2023 (Rabu). Kadet Bomba telah melaksanakan aktiviti Simpulan & Ikatan Tali manakala PPIM telah melaksanakan aktiviti asas kawad kaki.
Majlis Pelancaran Minggu Kemanusiaan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan MITS Alam Impian 2023 telah diadakan pada 18 Ogos 2023 (Jumaat) yang lalu bertempat di Dewan Al Jazari MITS Alam Impian anjuran bersama semua panitia di bawah Bidang Kemanusiaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua MITS Alam Impian.